Wednesday 21 September 2011

Sambungan..Keturunanku..

Kisah familiku disambung..

Paklongku cuba menjejaki keturunan kami di Siam..dan akhirnya berjumpa..Mereka juga terkejut dengan kehadiran paklongku..Asalnya paklong hanya cuba menjejaki salasilah sahaja. Namun, rezki, jodoh pertemuan semuanya di tangan ALLAH. DIA yang menentukan setiap kejadian sesuatu itu..

Datuk sebelah ayah seorang yang berketurunan raja di sana.Kata ayah nama datukku yang sebenarnya bukan Awang, tapi lain. Maafla terlupa. Salasilah ini baru kuketahui dan aku tidak menjangkakan rupanya rahsia yang tersimpan itu besar nilaianya. Aku tak pernah jumpa datuk, aku sendiri tidak tahu datukku macam mana dan bagaimana orangnya..Datukku lari dari Siam dan akhirnya tiba di Tanah Melayu. Tahun dan bila kejadiannya tidak dapat ku nukilkan di sini kerana ayahku tidak tahu bila berlakunya kejadian ini.

Nenek sebelah ayahku pula telah lama meninggalkan dunia yang fana ini. Tak salahku, nenekku meninggal sewaktu usiaku 9 tahun, pada tahun 1993 kerana sakit tua. Nenek dah tiada dan aku sendiri tidak mampu menyingkap sejarah ini kerana tiada sumber yang lengkap.

Paklong balik dari Siam membawa khabar gembira kerana telah berjumpa dengan keturunan yang lain. Namun, menurut ayahku, paklong ada menyatakan bahawa keturunan datukku sangat takut sekiranya kami membuat keputusan untuk kembali ke sana. Ini adalah kerana, sekiranya kami kembali ke sana, kami terpaksa menduduki pemerintahan di sana. Entahla, tidak faham dan aku sendiri tidak menyangka semua ini.

Susah nak terima hal ini. Terlalu rumit. Terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan untuk nmembuktikan kesahihan sejarah ini. Aku tidak mengatakan aku tidak yakin dengan fakta yang ada. Namun, terlalu sukar sebenarnya untuk menghadapi realiti kehidupan..

Sekiranya aku diizinkan untuk mengkaji tentang salasilah keluargaku, aku ingin melakukannya agar keturunan kami mengetahui latar belakang keluarga kami dengan jelas. Tidak seperti ini, aku rasa seoalah-seolah seperti membaca sebuah buku cerita..

Thursday 1 September 2011

Keturunanku..

Hari ini mak dan ayahku banyak bercerita tentang asal usul keluarga kami..aku sendiri tak pasti namun, itulah yang diceritakan pada kami walaupun antara percaya dengan tidak..

Ayah kata keturunan kami adalah dari keturunan Pattani..lebih mengejut bila ayah mengatakan bahawa kami adalah keturunan diraja Pattani..Atukku, ALLAHyarham Awang telah lama meninggal dunia dan aku serta adik beradikku tak pernah berpeluang mengenali beliau..apatah lagi untuk bermain dan bermanja..aku tak pernah merasa pengalaman mempunyai atuk sendiri..yang ada hanyalah atuk saudara..tak sama rasenya atuk sendiri dan atuk saudara..

Di Pattani, atukku bernama Ali, bukan Awang..atukku berkahwin dengan nenek di sebelah ayahku dan nenekku merupakan isteri yang ketiga..Atukku sebenarnya melarikan diri dari tempatnya..dari takhta yang sepatutnya disandangnya..namun, tidak pasti sebab kenapa beliau melarikan diri ke Tanah Melayu dan memulakan kehidupan yang baru di Tanah Melayu..

Paklong pernah menjejaki sejarah atukku dan menjumpai keturunan kami yang lainnya di Pattani..diceritakan bahawa muka paklong, ayah serta adik beradiknya yang lain memang sama seperti keturunan diraja di sana..dan paklong telah menemui bukti yang kukuh tentang sejarah keluarga kami..

Ini antara kisah yang tersemat kemas di hati ayah dan keluarganya selama ni..patutla selama ni orang asyik bertanya adakah aku ini berketurunan dari Thailand..aku sendiri tak tau kenapa orang bertanya sedemikian..rupanya ada rahsia yang tidak aku serta adik beradikku ketahui..aku tak tanya banyak sebab aku sendiri agak terkejut dgn cerita ayah..

namun, alhamdulillah..sekurang2nya aku tahu juga serba sedikit tentang sejarah keluargaku dari tak tahu langsung kan..

Monday 22 August 2011

Nostalgia

Nostalgia

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut Ilmu dan pengalaman

Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwwah sejati
Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkan erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya TUHANku, tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayangnya
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat...



Saturday 6 August 2011

Sekilas pandang

Tak tahula kenapa ada yang salah mentafsirkan diri ini selama ini..salahkah kalau berbaik dengan seseorang dan salahkah kalau aku menyebelahinya kerana aku yakin dia yang terbaik dikalangan yang ada..

Tiba-tiba kedengaran ada yang menyatakan luahan hati kecewa dengan diriku, walhal aku kenalinya secara dalam pun tidak, inikan pula rapat dengannya..Pening dengan keadaan yang sebegini..

Tidakkah mereka tahu kewujudanku hanya sementara untuk mengisi kekosongan yang kian terasa di sana??
Tidakkah mereka tahu niatku hanya untuk berkongsi ilmu apa yang aku perolehi??
Tidakkah mereka tahu aku sangat mengambil berat terhadap kebajikan mereka sehingga ada yang tersalah anggap terhadap apa yang aku cuba lakukan??

Pelik..sangat pelik..apakah tidak cukup dengan apa yang telah terjadi..mahukah peristiwa itu berulang kembali...

Ketahuilah, niatku hanya untuk membantu kalian dalam pengembangan ilmu..tidak ada niat yang lain pun terlintas dihatiku tambah lagi untuk menambahkan serabut terhadap masalah yang dihadapi..

Bila kebaikan disalah ertikan, bermakna ada yang tidak gembira dengan kebaikan itu..ada yang tidak senang dengan kebaikan yang diberikan..

Namun, ketahuilah, hati ini hanya berbicara melalui nukilan yang dihasilkan..bukan secara lisan seperti yang lain..

Hanya ada beberapa ketika sahaja lagi sebelum adanya perpisahan..Lantaran itu, benarkanlah diri ini terus menaburkan bakti dan mencurahkan ilmu sementara ketika itu masih ada..

Tuesday 2 August 2011

Persahabatan

Kehidupan di sekeliling aku banyak mengajar tentang erti kehidupan..terutamanya tentang berkawan dan bersahabat..
Adakah kita ketahui maksud sahabat dan kawan yang sebenarnya??
Ok, mari kita perhatikan di bawah..

Sahabat adalah orang yang berada di sisi kita selain daripada family kita..yang berkongsi susah dan senang kita..yang berkongsi setiap apa kejayaan dan kesusahan yang dikecapi..yang sentiasa menyokong walaupun dikala dipulaukan oleh orang lain..dengan orang ini kita selesa untuk berkongsi rahsia dan dapat menerima pandangan serta nasihat yang diberikan..jujur dan yang terpentingnya adalah IKHLAS dalam bersahabat..orang yang banyak menegur kita tentang salah kita dan sentiasa ingin sahabatnya berada dalam keadaan yang selamat..berusaha untuk menggembirakannya walau apa cara sahaja sekalipun..


Kawan bermaksud seseorang yang berada di sisi kita sewaktu senang sahaja..yang tidak berkongsi rahsia dengan kita..yang hanya sekadar tempat untuk kita berbicara..dan adakalanya bergaduh dan berselisih faham atas sebab yang kecil dan tidak munasabah..orang yang kita berasa keberatan untuk kita tolong masa susahnya tapi bukan bermaksud kita bermusuh dengannya..


Pada pandanganku di atas; aku dapat perhatikan banyak perkara di antara sahabat dan kawan..
Aku juga mempunyai sahabat dan aku juga ingin sentiasa mendorong sahabat ku ke arah kebaikan..tidak akan sesekali aku meninggalkan sahabat2 tatkala mereka memerlukan aku..


Satu kisah yang aku ambil terjadi pada sahabat baikku..


Dia seorang yang sangat baik dan sentiasa ceria walaupun kau tahu adakalanya dia simpan atau sorok perasaan sedihnya..dalam kebaikan yang dihulurkannya telah diambil kesempatan oleh mereka yang tidak tahu menilai dan menghargai dirinya..sentiasa inginkan dirinya diuji dengan syak wasangka dan fitnah yang bukan2 dan tidak rasional pada firasatku..


Aku sedih melihat dia diperlakukan sedemikian rupa..walaupun dirinya senyap dan tidak mampu berkata2 apa, namun aku tahu hati kecilnya tersiksa..kecewa dengan apa yang berlaku pada dirinya sehingga kadang2 aku dengar tangisannya ketika berbicara walaupun sedaya upaya dia menahannya..hati sahabat mana yang tidak sedih dan menangis tatkala sahabatnya diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan hidup..


Aku tahu semangatnya hilang dan hatinya hancur setelah diperlakukan sedemikian rupa..tidak insafkah orang yang menganiayai dirinya??
Tidak inginkah orang lain melihat dia gembira dan menjalani hidup yang tersisa ini dengan tenang dan bahagia..
Benarkan dia bahagia dengan cara dia..selagimana dia berpijak pada jalan yang benar..benarkan sahaja dia mengecapi kebahagiaannya..susah sangatkah kita untuk membiarkannya dengan caranya tersendiri??


Kesalahan yang kecil diperbesarkan seolah2 dia telah membuat kesalahan yang terlalu besar..kita sebagai manusia memang tidak terlepas dari kesalahan..tidak terlepas daripada kelemahan..tetapi dengan kelemahan dan kesalahannya, kita menghukumnya seolah2 tiada harapan dan maaf baginya..apakah ini adil bagi dia untuk menegakkan keadilan dalam dirinya??


Dia diuji dengan persahabatan..dia dipermainkan oleh orang dia sayang yang mana dia sanggup ambil risiko dan berkorban..dia diperlekehkan oleh orang yang tidak mengetahui perkara yang sebenar..adilkah kita padanya?


Senang kita hendak memberikan kasih sayang kepada seseorang..tapi ingatlah, apakah kita ikhlas membalas kasih sayang tersebut??


Kalau tidak ikhlas, janganlah sahut wahai teman..kerana ia akan menyebabkan ada hati yang akan merana dan kesannya memerlukan seumur hidup untuk dirawat..


Kita anggap diri kita sebagai sahabat..tapi adakah selama ini kita menunaikan hak kita sebagai sahabat pada sahabat kita?


Renung2kan..


Kepada mereka yang merasakan ada kaitan dalam hidup mereka..berubahlah dan cubalah menjadi sahabat daripada kawan..kerana sahabat inilah yang menunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya..


sekian..wassalam..

Saturday 23 July 2011

Sahabat..

Sahabat bermaksud mereka yang berada di sisi kita selain dari family kita..sahabat adalah teman yang paling rapat yang sentiasa berada di sisi kita senang atau duka kita..seseorang yang kita boleh meluahkan apa sahaja yang kita rasa dan sentiasa berkongsi apa sahaja rahsia atau kenangan bersamanya..Bila sahabat kita sedih, kita berusaha untuk menggembirakannya semula..sentiasa memberikannya semangat untuk membina hidup baru..sentiasa memberikan kata-kata motivasi serta nasihat yang baik kepadanya..sentiasa komen dan menegur seandainya terdapat kesalahan dan kesilapan dalam perbuatan, perkataan atau tindakan kita..

Seseorang yang digelar sahabat, tidak mementingkan diri dalam membuat keputusan. Sentiasa berusaha untuk membimbing dan menjaga nama baik sahabatnya..tak kira apa sahaja yang berlaku pada sahabatnya..

Teringat kata-kata hikmah ini:

Berkawan dengan si penjual minyak wangi, maka akan tempiasla wanginya kepada kita,
Tetapi apabila kita berkawan dengan si tukang besi, maka busuknya akan terpalit pada kita..

Muhasabah semula diri kita..adakah kita ini sahabat kepada sahabat kita??adakah kita telah menunaikan hak dan tanggungjawab kita sebagai sahabat?

Sama-sama kita menilai diri kita..

Wassalam

Friday 8 July 2011

Cabaran Hidup..

Macam2 cabaran dalam hidup ni..Ada yang dapat bertahan dan ada yang tak dpt bertahan..
Soalnya bagaimana dan macam mana kita nak menghadapinya kan..

Macam tu la jugak diriku..kadang2 tu rasa masalah (tiba2 teringat Prof Muhaya kata jangan gunakan perkataan masalah..)..hmm..kadang2 tu rasa cabaran hidup ni memamg dahsyat..kadang2 tu tak tertanggung rasanya..namun, sebagai manusia, kita masih ade family, kawan2 dan yang paling utama adalah kita ada ALLAH sebagai tempat kita meluahkan ape yang kita rasa..hampir menitis air mata tiap kali menghadapi cabaran hidup..tapi kene kuatkan semangat juga..lantas, air mata tu dapat ditahan dari terjatuh ke pipi..teringat pada mereka yang ditimpa cabaran hidup yang lebih dahsyat dariku membuatkan diriku cuba bangkit untuk terus tabah.aku harap sahabat2 aku juga begitu..
tak banyak yang aku nak yang aku nak tulis malam ni..hanya sekadar luahan rasa yang terpendam..


Wednesday 6 July 2011

Terkesan dgn kata2 ini..

Apabila rasa senang dengan PUJIAN,
Rasa sakit dengan KEHINAAN,
Menunjukkan kita ada KEPENTINGAN PERIBADI,
Tanda kita TIDAK IKHLAS membuat kebaikan..


Tuesday 28 June 2011

Pakweku..hehe

Suatu petang di bilik Fiza dan Ani...

Ani: Boringnye petang ni..hmmm..
Fiza: Kenapa nak boring?takde assignment or assessment ke?
Ani: Ade assignment tapi dah siapkan sebelum Maghrib td..
Fiza: Dah tu, ape lagi yang boringnya?
(Fiza mengaru-garu kepalanya..patutnya kalau dah siap assignment, hatinya gembira..ini tak, boring lak)
Ani: Sebenarnya aku boring sebab pakweku tak call pun aku hari ini..selalunya dia call dua kali sehari..
Fiza: La....sebab tu je ke?
Ani: Yela..pakwe aku tu memang caring giler kat aku tau..
Fiza: oo ye ke...hmm..
Ani: Kau takde pakwe ke Fiza..sejak aku kenal kau kan, tak pernah kau cerita pasal pakwe kau tu..
Fiza: Ade, tapi aku tak pernah missed jumpa dengan pakwe aku..pakwe ni lagi caring dari pakwe kau..dengannya aku rasa ketenangan dan kedamaian..
Ani: Ye?bestnya pakwe kau tu..tapi kan kau tak pernah cerita pun? Sape dia? Aku nak kenal jugak Fiza..
Fiza: Ok nanti aku kenalkan ye..tapi aku citer sikit kat kau pasal pakwe aku tu..
Ani: Ok..citerla..
Fiza: Akukan boleh jumpe pakwe aku ni bila-bila mase yang aku nak, aku boleh mengadu dan menangis dengan dia..aku rasa bahagia sangat-sangat..
Ani: Bestnya..sape dia tu Fiza?
Fiza: DIAlah ALLAH Maha Esa..tanpaNYA aku ni bukan sape-sape dan aku takkan hidup di muka bumi ini..
Ani: Erkkk...ALLAH
(Ani terkedu dengan jawapan Fiza..Kemudian,akhirnya dia tersenyum..)
Ani: betulla tu Fiza..pakwe aku ni kan hanya sementara je kan..PAKWE kau tu buat selama-lamanya..aku nak punyai PAKWE mcm tu la..
Fiza: Boleh, sesiapa pun boleh...
(Hati Fiza gembira kerana dia dapat memberikan contoh yang baik buat sahabatnya)


Monday 27 June 2011

Salam dan Senyum

Assalamu'alaikum itu sendiri bermaksud selamat sejahtera ke atas kamu..salam pula bermaksud selamat..ini bermakna jika kita memberi salam kepada orang, kita telah secara tidak langsung mendoakan kesejahteraan ke atas orang tersebut. Malah, kita juga mendapat balasan pahala kerana mendoakan orang itu merupakan satu perbuatan yang sangat baik. Hukum memberi salam kepada orang lain adalah sunat dan hukum orang yang menjawabnya adalah wajib.

Senyum pula merupakan satu perbuatan yang melibatkan rengganggan di bahagian muka terutamanya di bahagian pipi dan mulut. Dengan senyuman, kita telah melakukan senaman di bahagian muka kita. Dalam satu kajian, orang yang melakukan senyuman sepanjang hari dan selalu senyum akan menyebabkan jangka hayatnya lebih lama daripada orang yang jarang atau kadang2 senyum. Senyum itu sedekah. Dengan senyuman juga, kita telah melakukan kebaikan pada diri kita dan orang lain. Tahu kenapa? Dengan memberi senyuman, kita telah menyebabkan seseorang itu merasa bahagia dan seronok. Di tambah pula pada masa tersebut, orang berkenaan sedang mempunyai masalah tersendiri. Bila kita memberi senyuman, kita telah menolong dia untuk mengurangkan permasalahannya. Betapa besarnya nikmat dan kebaikan senyuman. Oleh yang demikian, selalulah kita memberi salam dan senyuman kepada diri kita, keluarga, guru2, sahabat2 dan sesiapa sahaja.
Tak percaya??cuba try buat:)





Saturday 4 June 2011

SRIAAG di hatiku


Video ni ana cipta masa cuti sekolah lepas..masa tu ade byk mase yang free, so, sempatla nak buat video ni..Alhamdulillah, setiap kali tgk video ni, hati terasa semakin bersemangat..semoga semangat ini akan terus tersemat Ya Rabb..