Thursday, 1 September 2011

Keturunanku..

Hari ini mak dan ayahku banyak bercerita tentang asal usul keluarga kami..aku sendiri tak pasti namun, itulah yang diceritakan pada kami walaupun antara percaya dengan tidak..

Ayah kata keturunan kami adalah dari keturunan Pattani..lebih mengejut bila ayah mengatakan bahawa kami adalah keturunan diraja Pattani..Atukku, ALLAHyarham Awang telah lama meninggal dunia dan aku serta adik beradikku tak pernah berpeluang mengenali beliau..apatah lagi untuk bermain dan bermanja..aku tak pernah merasa pengalaman mempunyai atuk sendiri..yang ada hanyalah atuk saudara..tak sama rasenya atuk sendiri dan atuk saudara..

Di Pattani, atukku bernama Ali, bukan Awang..atukku berkahwin dengan nenek di sebelah ayahku dan nenekku merupakan isteri yang ketiga..Atukku sebenarnya melarikan diri dari tempatnya..dari takhta yang sepatutnya disandangnya..namun, tidak pasti sebab kenapa beliau melarikan diri ke Tanah Melayu dan memulakan kehidupan yang baru di Tanah Melayu..

Paklong pernah menjejaki sejarah atukku dan menjumpai keturunan kami yang lainnya di Pattani..diceritakan bahawa muka paklong, ayah serta adik beradiknya yang lain memang sama seperti keturunan diraja di sana..dan paklong telah menemui bukti yang kukuh tentang sejarah keluarga kami..

Ini antara kisah yang tersemat kemas di hati ayah dan keluarganya selama ni..patutla selama ni orang asyik bertanya adakah aku ini berketurunan dari Thailand..aku sendiri tak tau kenapa orang bertanya sedemikian..rupanya ada rahsia yang tidak aku serta adik beradikku ketahui..aku tak tanya banyak sebab aku sendiri agak terkejut dgn cerita ayah..

namun, alhamdulillah..sekurang2nya aku tahu juga serba sedikit tentang sejarah keluargaku dari tak tahu langsung kan..

2 comments:

  1. wau, mlmh dasyatnya, patutla muka mlmh mcm org sana. daulat tuanku, moga patik diampun oleh tuanku hehe, sambungla lg pasal family mlmh. best jugak cite tu

    ReplyDelete
  2. haha..best ke? trm kasih kerana sudi membaca :)

    ReplyDelete