Wednesday 21 September 2011

Sambungan..Keturunanku..

Kisah familiku disambung..

Paklongku cuba menjejaki keturunan kami di Siam..dan akhirnya berjumpa..Mereka juga terkejut dengan kehadiran paklongku..Asalnya paklong hanya cuba menjejaki salasilah sahaja. Namun, rezki, jodoh pertemuan semuanya di tangan ALLAH. DIA yang menentukan setiap kejadian sesuatu itu..

Datuk sebelah ayah seorang yang berketurunan raja di sana.Kata ayah nama datukku yang sebenarnya bukan Awang, tapi lain. Maafla terlupa. Salasilah ini baru kuketahui dan aku tidak menjangkakan rupanya rahsia yang tersimpan itu besar nilaianya. Aku tak pernah jumpa datuk, aku sendiri tidak tahu datukku macam mana dan bagaimana orangnya..Datukku lari dari Siam dan akhirnya tiba di Tanah Melayu. Tahun dan bila kejadiannya tidak dapat ku nukilkan di sini kerana ayahku tidak tahu bila berlakunya kejadian ini.

Nenek sebelah ayahku pula telah lama meninggalkan dunia yang fana ini. Tak salahku, nenekku meninggal sewaktu usiaku 9 tahun, pada tahun 1993 kerana sakit tua. Nenek dah tiada dan aku sendiri tidak mampu menyingkap sejarah ini kerana tiada sumber yang lengkap.

Paklong balik dari Siam membawa khabar gembira kerana telah berjumpa dengan keturunan yang lain. Namun, menurut ayahku, paklong ada menyatakan bahawa keturunan datukku sangat takut sekiranya kami membuat keputusan untuk kembali ke sana. Ini adalah kerana, sekiranya kami kembali ke sana, kami terpaksa menduduki pemerintahan di sana. Entahla, tidak faham dan aku sendiri tidak menyangka semua ini.

Susah nak terima hal ini. Terlalu rumit. Terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan untuk nmembuktikan kesahihan sejarah ini. Aku tidak mengatakan aku tidak yakin dengan fakta yang ada. Namun, terlalu sukar sebenarnya untuk menghadapi realiti kehidupan..

Sekiranya aku diizinkan untuk mengkaji tentang salasilah keluargaku, aku ingin melakukannya agar keturunan kami mengetahui latar belakang keluarga kami dengan jelas. Tidak seperti ini, aku rasa seoalah-seolah seperti membaca sebuah buku cerita..

Thursday 1 September 2011

Keturunanku..

Hari ini mak dan ayahku banyak bercerita tentang asal usul keluarga kami..aku sendiri tak pasti namun, itulah yang diceritakan pada kami walaupun antara percaya dengan tidak..

Ayah kata keturunan kami adalah dari keturunan Pattani..lebih mengejut bila ayah mengatakan bahawa kami adalah keturunan diraja Pattani..Atukku, ALLAHyarham Awang telah lama meninggal dunia dan aku serta adik beradikku tak pernah berpeluang mengenali beliau..apatah lagi untuk bermain dan bermanja..aku tak pernah merasa pengalaman mempunyai atuk sendiri..yang ada hanyalah atuk saudara..tak sama rasenya atuk sendiri dan atuk saudara..

Di Pattani, atukku bernama Ali, bukan Awang..atukku berkahwin dengan nenek di sebelah ayahku dan nenekku merupakan isteri yang ketiga..Atukku sebenarnya melarikan diri dari tempatnya..dari takhta yang sepatutnya disandangnya..namun, tidak pasti sebab kenapa beliau melarikan diri ke Tanah Melayu dan memulakan kehidupan yang baru di Tanah Melayu..

Paklong pernah menjejaki sejarah atukku dan menjumpai keturunan kami yang lainnya di Pattani..diceritakan bahawa muka paklong, ayah serta adik beradiknya yang lain memang sama seperti keturunan diraja di sana..dan paklong telah menemui bukti yang kukuh tentang sejarah keluarga kami..

Ini antara kisah yang tersemat kemas di hati ayah dan keluarganya selama ni..patutla selama ni orang asyik bertanya adakah aku ini berketurunan dari Thailand..aku sendiri tak tau kenapa orang bertanya sedemikian..rupanya ada rahsia yang tidak aku serta adik beradikku ketahui..aku tak tanya banyak sebab aku sendiri agak terkejut dgn cerita ayah..

namun, alhamdulillah..sekurang2nya aku tahu juga serba sedikit tentang sejarah keluargaku dari tak tahu langsung kan..