Tuesday 2 August 2011

Persahabatan

Kehidupan di sekeliling aku banyak mengajar tentang erti kehidupan..terutamanya tentang berkawan dan bersahabat..
Adakah kita ketahui maksud sahabat dan kawan yang sebenarnya??
Ok, mari kita perhatikan di bawah..

Sahabat adalah orang yang berada di sisi kita selain daripada family kita..yang berkongsi susah dan senang kita..yang berkongsi setiap apa kejayaan dan kesusahan yang dikecapi..yang sentiasa menyokong walaupun dikala dipulaukan oleh orang lain..dengan orang ini kita selesa untuk berkongsi rahsia dan dapat menerima pandangan serta nasihat yang diberikan..jujur dan yang terpentingnya adalah IKHLAS dalam bersahabat..orang yang banyak menegur kita tentang salah kita dan sentiasa ingin sahabatnya berada dalam keadaan yang selamat..berusaha untuk menggembirakannya walau apa cara sahaja sekalipun..


Kawan bermaksud seseorang yang berada di sisi kita sewaktu senang sahaja..yang tidak berkongsi rahsia dengan kita..yang hanya sekadar tempat untuk kita berbicara..dan adakalanya bergaduh dan berselisih faham atas sebab yang kecil dan tidak munasabah..orang yang kita berasa keberatan untuk kita tolong masa susahnya tapi bukan bermaksud kita bermusuh dengannya..


Pada pandanganku di atas; aku dapat perhatikan banyak perkara di antara sahabat dan kawan..
Aku juga mempunyai sahabat dan aku juga ingin sentiasa mendorong sahabat ku ke arah kebaikan..tidak akan sesekali aku meninggalkan sahabat2 tatkala mereka memerlukan aku..


Satu kisah yang aku ambil terjadi pada sahabat baikku..


Dia seorang yang sangat baik dan sentiasa ceria walaupun kau tahu adakalanya dia simpan atau sorok perasaan sedihnya..dalam kebaikan yang dihulurkannya telah diambil kesempatan oleh mereka yang tidak tahu menilai dan menghargai dirinya..sentiasa inginkan dirinya diuji dengan syak wasangka dan fitnah yang bukan2 dan tidak rasional pada firasatku..


Aku sedih melihat dia diperlakukan sedemikian rupa..walaupun dirinya senyap dan tidak mampu berkata2 apa, namun aku tahu hati kecilnya tersiksa..kecewa dengan apa yang berlaku pada dirinya sehingga kadang2 aku dengar tangisannya ketika berbicara walaupun sedaya upaya dia menahannya..hati sahabat mana yang tidak sedih dan menangis tatkala sahabatnya diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan hidup..


Aku tahu semangatnya hilang dan hatinya hancur setelah diperlakukan sedemikian rupa..tidak insafkah orang yang menganiayai dirinya??
Tidak inginkah orang lain melihat dia gembira dan menjalani hidup yang tersisa ini dengan tenang dan bahagia..
Benarkan dia bahagia dengan cara dia..selagimana dia berpijak pada jalan yang benar..benarkan sahaja dia mengecapi kebahagiaannya..susah sangatkah kita untuk membiarkannya dengan caranya tersendiri??


Kesalahan yang kecil diperbesarkan seolah2 dia telah membuat kesalahan yang terlalu besar..kita sebagai manusia memang tidak terlepas dari kesalahan..tidak terlepas daripada kelemahan..tetapi dengan kelemahan dan kesalahannya, kita menghukumnya seolah2 tiada harapan dan maaf baginya..apakah ini adil bagi dia untuk menegakkan keadilan dalam dirinya??


Dia diuji dengan persahabatan..dia dipermainkan oleh orang dia sayang yang mana dia sanggup ambil risiko dan berkorban..dia diperlekehkan oleh orang yang tidak mengetahui perkara yang sebenar..adilkah kita padanya?


Senang kita hendak memberikan kasih sayang kepada seseorang..tapi ingatlah, apakah kita ikhlas membalas kasih sayang tersebut??


Kalau tidak ikhlas, janganlah sahut wahai teman..kerana ia akan menyebabkan ada hati yang akan merana dan kesannya memerlukan seumur hidup untuk dirawat..


Kita anggap diri kita sebagai sahabat..tapi adakah selama ini kita menunaikan hak kita sebagai sahabat pada sahabat kita?


Renung2kan..


Kepada mereka yang merasakan ada kaitan dalam hidup mereka..berubahlah dan cubalah menjadi sahabat daripada kawan..kerana sahabat inilah yang menunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya..


sekian..wassalam..

No comments:

Post a Comment